The Trips

Seoul + Jeju Island


Alhamdulillah,lepas selesai semua majlis nikah,resepsi dan bertandang,kami bersiap-siap untuk berbulan madu pula.Anneyo-hesayo!Saya dan suami tak ada sebab yang spesifik kenapa negara 'Winter Sonata' ini menjadi pilihan,cuma yang pastinya selepas berkira-kira tentang kos dan faktor cuaca,kami berdua sepakat untuk ke tanah K-Pop ini.Hehe.Percutian 6 hari itu termasuklah kunjungan kami ke Seoul dan Jeju. 

Hari pertama : Tiba di Incheon International Airport pada pukul 3 pm (waktu Malaysia).Waktu di Seoul adalah sejam lebih awal,bermakna ketika itu ialah lebih kurang pukul 2pm. Percutian kami adalah secara persendirian,tanpa pemandu pelancong yang biasanya diambil secara pakej.Sepertinya kami berdua ini 'semberono' sajalah. ;).Maklumlah,mahukan 'privacy' katanya.hihi.

Berlepas dari Terminal LCCT

Tiba di Incheon Airport

Sedikit pemandangan sekitar Incheon Airport
Kumpulan dari Malaysia yang sudah ingin berangkat pulang.Solat berjemaah.

Kami kemudiannya terus ke kaunter pertanyaan untuk bertanya bagaimana untuk ke Hotel Astoria (untuk bermalam di Seoul).Ada beberapa pilihan untuk ke bandar Seoul-menaiki teksi,'subway train',atau menaiki bas.Saya telah membuat sedikit pembacaan tentang kos perjalanan kami dan pilihan yang berbaloi (jimat & selesa) ialah dengan menaiki bas (KRW 9,000 = RM 27/seorang).Pegawai khidmat pelanggan akan memeberikan nombor bas anda dan tempat menunggu bas.Perjalanan ke bandar Seoul mengambil masa kira-kira 1 jam,ditambah pula dengan keadaan yang hujan lebat.

Tiba di Hotel Astoria,kami berpuas hati dengan keadaan bilik (Maaf,tidak ada gambar).Sebelum  memilih hotel ini,kami telah pun membaca tentang 'feedback' yang baik tentang reputasi hotel,dan terus menempahnya melalui AsiaRooms.com.Harga yang berpatutan dengan servis yang baik dan berdekatan dengan stesyen subway 'Chungmuro'.

Seterusnya,apa pula untuk makan malam?Selain sudah menikmati Nasi Lemak Pak Nasser dalam perjalanan tadi,kami juga ada membawa bebarapa makanan segera dan roti.Tapi,dek kerana masih kekenyangan,kedai roti Paris Baguette menjadi pilihan.Oh,saya rindu akan bau kedai ini!

 Perhatikan di plastik bungkusannya.Kami memanggilnya 'calorie meter'.Hihi






 

No comments:

Post a Comment